Rabu, 17 Disember 2008
POKOK MAS COTEK...
POKOK MAS COTEK
Ini adalah antara tumbuhan herba yang ada kat rumah aku. Orang kata pokok ni baik untuk kesihatan lelaki dan perempuan. Maka aku tanamlah... Mas Cotek ni ada pokok jantan dan ada juga pokok betina. Di sebelah kiri ni jenis betina sebab daunnya besar. Pokok jantan daunnya kecil dan banyak...
Ahad, 30 November 2008
Khamis, 27 November 2008
POKOK ZAMIA
POKOK TANDUK RUSA
Pokok ini paling susah aku nak dapatkan. Masa beli dulu kecik je gaya hidup segan mati tak mahu saja. Kini dah membesar sebegini gaya. Cantik dengan tanduknya yang berambu rambai... Ada 2 pokok kat rumah ni. Pokok ni anak berana kepada pokok langsuyar juga dan aku gemar dengan warnanya yang hijau menawan...sejuk mata yang memandang...
POKOK PINANG HIJAU
Beginilah keadaan pokok di luar pagar rumahku. Pokok Pinang Hijau aku tanam sebaris 3 di sebelah kiri dan 3 di sebelah kanan. Pokok ini senang di jaga dan senang untuk di uruskan dan nampak bersih juga tidak menyemakkan mata. Harganya boleh tahan juga, hari tu masa aku beli anak pokok yang setinggi pagar sahaja harganya dah 3 batang untuk RM100.
Rabu, 26 November 2008
POKOK LANGSUYAR
pokok ni masa tak berapa besar...lebih kurang
macam kat sebelah ni. Kalau dah besar sangat dah tak cantik, tapi adalah kat rumah aku yang besar-besar tu dalam 2,3 pokok untuk pembiakan...satu yang bestnya, kalau kawan-kawan aku naik rumah baru aku suka hadiahkan pokok langsuir ni. Pada kekawan yang dah duduk rumah baru tapi belum dapat pokok ni bolehlah isi borang...
Langgan:
Catatan (Atom)