Ahad, 30 November 2008

POKOK TAJAM

Pokok Tajam
Pokok inipun aku tak tahu nama apa. Aku minat tengok pokok ni di tanam stail bonsai dan diletakkan batu-batu putih dipangkalnya. Tapi kat rumah ni aku tak boleh buat begitu bimbang hujungnya yang tajam akan terkena anak-anak yang bebas bermain di halaman...

Khamis, 27 November 2008

POKOK PALMA


Pokok inipun aku tak tahu nama. Pokok ni agak mahal juga kalau beli besar macam ni...Ada banyak pokok aku tanam, adalah dalam 11 pokok dalam pasu yang agak besar...Jenis ini agak tahan lasak.

POKOK ZAMIA


Dikenali juga dengan nama Pokok Ong. Pokok ni orang cina suka tanam, murah rezeki ikut kepercayaan mereka...Ada banyak pasu jugak aku tanam...dalam pasu besarpun ada...

POKOK TANDUK RUSA


Pokok ini paling susah aku nak dapatkan. Masa beli dulu kecik je gaya hidup segan mati tak mahu saja. Kini dah membesar sebegini gaya. Cantik dengan tanduknya yang berambu rambai... Ada 2 pokok kat rumah ni. Pokok ni anak berana kepada pokok langsuyar juga dan aku gemar dengan warnanya yang hijau menawan...sejuk mata yang memandang...

POKOK PINANG HIJAU


Beginilah keadaan pokok di luar pagar rumahku. Pokok Pinang Hijau aku tanam sebaris 3 di sebelah kiri dan 3 di sebelah kanan. Pokok ini senang di jaga dan senang untuk di uruskan dan nampak bersih juga tidak menyemakkan mata. Harganya boleh tahan juga, hari tu masa aku beli anak pokok yang setinggi pagar sahaja harganya dah 3 batang untuk RM100.

Rabu, 26 November 2008

POKOK LANGSUYAR


Pokok ini pun banyak aku tanam. Aku suka
pokok ni masa tak berapa besar...lebih kurang
macam kat sebelah ni. Kalau dah besar sangat dah tak cantik, tapi adalah kat rumah aku yang besar-besar tu dalam 2,3 pokok untuk pembiakan...satu yang bestnya, kalau kawan-kawan aku naik rumah baru aku suka hadiahkan pokok langsuir ni. Pada kekawan yang dah duduk rumah baru tapi belum dapat pokok ni bolehlah isi borang...

POKOK PINANG MERAH

Pokok Pinang Merah
Entah mengapa aku ni suka sangat menanam tumbuhan hiasan disekeliling rumahku. Aku suka tengok...hijau mata memandang dan bunganya pulak cantik berwarna warni... Kawan-kawan hubby aku ada yang berkata rumah ni di kelilingi hutan rimba. Sekali tengok yalah tu...
Aku suka sangat pokok ni. Banyak aku tanam, semuanya adalah 13 pokok...Masa beli dulu semuanya kecik2, tinggi separas lutut...sekarang dah setinggi bumbung rumah ni...